TIP SIMPAN IKAN BILIS TAHAN LAMA

Tip ni dah lama sebenarnya, tapi ada juga suri yang tak tahu cara yang tepat untuk menyimpan ikan bilis. 

Maklumlah, jika tersilap simpan nanti ikan bilis akan berbau hapak seterusnya tidak boleh digunakan. Jadi, di sini, kami ingin berkongsi mengenai tip menyimpan ikan bilis supaya ianya boleh digunakan dalam tempoh lama.

Bukan tip simpan Sambal Garing Che’Nor tu tau. Itu memang tahan 6 bulan dari tarikh dikeluarkan, so takyah risau.

Yang ni ikan bilis mentah tu. Okey, ada 4 tip ya.

 

  • Elakkan sinaran cahaya matahari secara langsung terhadap ikan bilis. Sebab pancaran UV yang berterusan akan rosakkan ikan bilis.

 

  • Lebih elok simpan dalam peti sejuk bahagian ‘chiller’. Tetapi sebelum itu pastikan ikan bilis dibungkus dalam plastik atau bekas kedap udara.

 

  • Jangan simpan ikan bilis di tempat barang basah seperti sayur-sayuran kerana bilis mampu menyerap bau sekeliling menjadikannya berbau hapak pula.

 

  • Jangan dedahkan bilis terlalu lama pada udara kerana lama-lama ia berbau hapak (biasanya kedai runcit dan pasar raya)

2 thoughts on “TIP SIMPAN IKAN BILIS TAHAN LAMA

  1. Mia says:

    Kalau dh berbau hapak.
    Dah cuci bersih2 pn masih berbau. Digoreng garing2 pn masih berbau hapak. Apa perlu saya buat. Adakah masih boleh dibuat sambal ikan bilis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *