Sambal udang memang sedap dimakan bersama nasi lemak. Rasanya lemak-lemak manis sangat. Jadi, pemilihan udang segar sangat penting ya untuk menghasilkan sambal yang meletup. Maklumlah ada yang alergi sampai kulit naik bintik merah kalau udangnya tidak segar atau terlalu lama akibat bercampur dengan bahan kimia.

Tapi, tidak mengapa…

Kami bantu anda memilih udang segar seperti di bawah:

  • Tidak berbau busuk

  • Paling mudah mengenali udang segar adalah menerusi baunya yang mirip bau ikan segar. Kalau ada bau busuk, tandanya ia sudah lama.

 

  • Tidak berlendir

Perhatikan dari luarannya, jika berlendir bermakna ia sedang mengalami pembusukan.

 

  • Warna jernih

Udang segar akan berwarna cerah atau putih coklat, bukannya kekuningan, kemerahan atau biru yang bermakna udangnya tidak segar.

  • Tegap bukannya lembik

Biasanya udang segar lebih tegap dan keras bila dipegang. Jadi, jangan pilih udang yang sudah lembik ya.

 

Apa pun, masakan berasaskan udang memang sedap. Jika malas nak memasak, boleh ja simpan sebekas Sambal Udang Che’Nor.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *