Dari Perodua Alza ke Nissan X Trail 

– bunyinya sangat menakjubkan.

 Tunggu dulu, ada lagi kejutan yang lebih menarik.

                         Beli motosikal secara tunai, beri duit kepada ibu bapa dengan konsisten,                        menunaikan kehendak anak-anak, percutian dan macam-macam lagi.

Semuanya dalam tempoh tiga tahun!

    

Impian Jadi Kenyataan

Ya, hanya dalam masa tiga tahun meniaga Sambal Garing Che’ Nor, Puan Aisyah Rosli (bukan nama sebenar), 38 bukan sahaja boleh naik taraf ‘style’ pemanduan, malahan lebih dari itu, mampu mendapatkan apa yang dihajati selama ini tanpa perlu lagi berkira-kira.

Bermula dengan memandu kereta MPV tempatan, kemudiannya beralih pada pacuan empat roda SUV jenama import, ianya satu pencapaian membanggakan malahan dia sendiri tidak menjangkanya.

Biarpun mempunyai pekerjaan tetap sebagai guru, Aisyah menjadikan bisnes separuh masanya sebagai hobi tetapi kemudiannya bertukar menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

Malahan sebelum ini dia sudah berpengalaman menjual telekung selama tiga tahun. Namun, saat merasa Sambal Garing yang dibawa daripada rakan sepejabat, rasa jatuh cinta. Saat itu, dia tahu bahawa produk ini mampu pergi jauh.

       

  

Hadiah Che Nor Food Mewah Belaka

“Saya memang peminat sambal, mesti tak selera makan kalau takda sambal. Bila tengok iklan Sambal Garing Che’ Nor, saya memang rasa inilah produk yang mampu pergi jauh, sebab hampir setiap orang suka makan sambal. Jadi saya bermula dengan menjadi ejen selama dua bulan, selepas betul-betul yakin mampu bagi komitmen, terus naik sebagai stokis.”

Jika dahulu, kuasa membeli Aisyah kurang dan terpaksa berkira-kira kerana perlu menyimpan, namun sejak mempunyai sumber pendapatan baru, bukan sahaja dia mampu membuat simpanan untuk keluarga, malahan boleh membeli motor secara tunai,  memberi wang kepada ibu bapa secara konsisten dan membawa anak-anak bercuti.

Hanya lafaz syukur mampu dipanjatkan oleh Aisyah kerana rezekinya menerusi Sambal Garing Che’Nor, dia berjaya menjana pendapatan tambahan RM2,000 sebulan tidak termasuk untung runcit hasil jualan daripada kedai-kedai.

Antara yang menyeronokkan di Che Nor Food ialah bukan sahaja produk mudah laku, tetapi sikap pemurah pengasasnya, Puan Aida Aznita yang sentiasa memberi ganjaran kepada Stokis dan Ejennya.

“Yang ni paling seronok, bisnes produk lain tak pernah merasa ‘reward’, tetapi apabila ‘join’ Che Nor Food, saya dapat hadiah percutian ke Beijing dan Jogja, hadiah barang kemas tiga kali iaitu gelang kaki, loket dan rantai,  duit raya setiap tahun dan tidak pernah pulang dengan tangan kosong.”

     

 

Terima Kasih Puan Aida

Menceritakan kisahnya yang pernah menerima penolakan, namun ia dianggapnya sebagai asam garam dalam meniaga.

“Setiap pagi, saya membawa stok dalam kereta, jadi selepas waktu kerja, saya hantar stok kepada ejen dan ‘outlet’ hingga ke malam. Kadang-kadang bawa anak sekali, letih memang letih, tapi semua digagahkan jua kerana komitmen.”

“Terima kasih kepada Puan Aida kerana membuka peluang saya menjadi warga Che Nor Food sekaligus mendorong dengan nasihat dan pelbagai tip supaya kami menjadi usahawan berjaya. Jika sebelum ni pakai kereta alza, tukar X-Trail, lepas ni InsyaAllah hajatnya nak tambah lagi,” ujarnya dengan harapan berbunga-bunga.

 

Tip meniaga

  • Rebut peluang di depan mata
  • Jangan bertangguh
  • Paling penting ikhlaskan niat berniaga kerana ALLAH

 

Disclaimer – Aisyah Rosli adalah bukan nama sebenar, tetapi ia adalah kisah benar berdasarkan temuramah Stokis ini yang tidak mahu menyiarkan nama dan gambarnya atas sebab-sebab peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *