NEEZA RAMLI BUKTIKAN JUAL SAMBAL PUN BOLEH KAYA

Belajar dari kesilapan.

Itu yang diperolehi oleh Nor Raneeza Ramli, 45 apabila bercerita mengenai pengalaman dalam perniagaan. Ya, tidak semua orang berjaya dengan bisnes pertama semata-mata. Ada yang terpaksa menempuh pelbagai kegagalan sebelum berjaya dan ada juga yang sangat bertuah kerana berjaya dek percubaan pertama.

 

       

 

Bisnes MLM buat kawan takut dekati

Namun liku yang dilalui Raneeza atau lebih mesra membahasakan diri sebagai kak Neeza melalui pelbagai fasa. Bermula dengan kerjaya makan gaji di sebuah Syarikat Pemajuan pada tahun 1997 hingga 2001, kemudiannya bekerja sebagai Kaunselor di Kolej Poly-Tech Mara (2003-2007) dan akhirnya berhenti kerja untuk mengikut suami yang bertugas di Arab Saudi.

Ketika sedang bekerja itu lah, Neeza cuba menjual pelbagai produk seperti kain pasang dan juga menjual produk jualan langsung seperti Hai O dan Amyway (MLM). Namun bisnesnya ini juga berakhir dipertengahan jalan kerana ia memerlukan dia mencari orang untuk menjadi penaja.

“Memang kalau saya buku mulut ja, akan-rakan dan saudara mara jadi takut sebab ingatkan kita nak menjual barang. Maklumlah harga produk agak tinggi, jadi tak semua orang mampu beli. Lama-lama saya ‘stop’ sebab dah tak laku, lagi-lagi ramai yang tak minat dengan produk sebegini.”

  

‘Sales’ laju, kawan berebut nak jadi ejen

Sekembalinya dari Arab Saudi, Neeza mula mencambahkan minatnya kembali,  Neeza mencari-cari produk yang mudah untuk dijual lalu terjumpa produk Sambal Che’Nor ini. Bermula dengan menjadi ejen, Neeza akhirnya merasakan dia sudah bertemu produk idaman kerana ramai yang mula merapatinya kembali kerana semata-mata menjadi penjual sambal.

“Ya. Mula-mula saya jadi ejen dan cuma menjual kepada mereka yang menyertai kuliah Dhuha sahaja. Lepas tu saya rasa lebih bersemangat kerana ‘sales’ sangat laju, kawan-kawan pula berebut-rebut nak jadi ejen, sampai saya tak menang tangan. Selepas 3 bulan jadi ejen, saya ambil keputusan untuk jadi Stokis pula. Akhirnya pada 13 Ogos 2016, saya rasminya menjadi Stokis Sambal Che’Nor kawasan Banting.”

Bagi Neeza, produk  makanan akan ada repeat sales yang tinggi sebab orang makan hari-hari. Dengan rasa sambalnya yang garing dan ikan bilisnya rangup, Neeza berjaya menjual kepada lebih ramai orang seperti jiran dan juga rakan-rakan sekolah.

“Memanglah mula-mula saya hanya cuba jual pada kawan-kawan kuliah dhuha, tetapi ia berjangkit dan tersebar dari mulut ke mulut hingga kawan-kawan sekolah pun turut menempah. Ramai yang memberi ‘feedback’ positif. Bila ‘sales’ laju, ada kawan-kawan nak jadi ejen dan sehingga kini saya dah pegang tiga kawasan iaitu Bukit Jelutong dan Shah Alam di Selangor serta Kemaman, Pahang.”

                                                                                 

Beijing, Coach, Corelle, Rantai Emas!

Menurut Neeza lagi, kerjasama daripada HQ sangat membantu dalam memberi tunjuk ajar serta ‘recommend customer’ menambahkan lagi kuasa jualnya. Selain itu kerjasama daripada ejen serta strategi pemasaran yang tepat juga sangat membantu hala tujunya.

“Saya percaya, dengan memberi kita akan dapat lebih lagi. Jadi saya sentiasa berikan ganjaran kepada ‘Top Agent’. Malahan saya percaya kebaikan yang ditonjolkan oleh Puan Aida Aznita juga banyak membantu melonjakkan lagi penjualan Sambal Che’Nor ni.

“Antara yang paling tak dapat dilupakan ialah percutian ke Beijing, China yang tidak pernah saya jejak sebelum ini. Memang rasa teruja sangat! Dan bukan itu sahaja, hadiah lain seperti rantai emas, beg Coach dan pinggan mangkuk Corelle juga membuatkan saya sentiasa dahagakan kejayaan. Setiap tahun pula, Stokis yang berjaya capai target akan mendapat hadiah beg sekolah dan saya hadiahkannya kepada mereka yang layak mendapatnya.”

Tidak hanya cerita sukses, Neeza juga menghadapi kata-kata negatif daripada ahli keluarga yang memperlekehkan usahanya menjual sambal. Namun beliau berjaya membuktikan sebaliknya.

“Setiap kali jualan, saya asingkan untung dan ‘rolling’ modal. Semua ini memerlukan disiplin yang tinggi tapi semua itu akan tercapai apabila kita istiqamah. Jadi, nasihat saya bagi mereka yang mahu berniaga, mulakan sekarang dan jangan pinjam duit orang, Buktikan kita mampu berjaya dengan jalan yang kita pilih,” jelasnya lagi panjang lebar.

Tip Bisnes

  1. Jangan pinjam duit orang semata-mata untuk mulakan bisnes. Tak mengapa mulakan kecil asalkan hasil titik peluh sendiri.

  2. Rajin gunakan media sosial untuk iklankan produk.

  3. Kongsikan kebaikan produk dan gambar.

3 thoughts on “NEEZA RAMLI BUKTIKAN JUAL SAMBAL PUN BOLEH KAYA

  1. Andrewglulp says:

    Selling Aged 2012 Twitter accounts

    General Information

    ?? Email Address Verified
    ?? All accounts come with full access to the original email that was used to create the account!
    ??8 years old
    ??Comes with little or no followers, following
    ??Comes with bio or profile picture

    Price
    $5 Only!

    Interested? – click buy now button.

    For Bulk 2012 Accounts only, Contact us @:

    https://sellaccs.net

    Skype & Telegram : congmmo
    ICQ : @652720497
    Email : congmmo@gmail . com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *