Bangkit dari kesedihan, Allah gantikan dengan yang lebih baik…

“Siapa sangka jual sambal ja boleh bantu saya selesaikan bayaran hutang kereta, dapat hadiah barang kemas, sofa, gold bar, barang elektrik dan percutian ‘oversea’. Terima kasih buat Puan Aida atau nama manjanya, Che’Nor yang sangat pemurah.”

Kenangan November tiga tahun lalu masih segar diingatannya. Sakit menahan konstraksi, ‘due date’ yang terawal tiga minggu dan kesukaran dek tertinggal buku merah membuatkan dirinya tabah mengharungi siksa untuk menemui orang baru.

Setelah yang ditunggu menjengah dunia, kelegaan bertakhta di hati. Namun ada satu yang merisaukannya, bayi tidak menangis. Rupa-rupanya permata hati itu sudah tidak bernyawa selama 24 jam di alam rahim.

Hari-hari seterusnya dilalui dengan rasa sakit dan sedih. Perasaan bercampur baur memikirkan adakah dia terlalu aktif ketika hamil menyebabkan kehilangannya. Rasa itu terlalu berat untuk dilepaskan.

 

      

Baby Harris penganti Jannah Sakinah

Akhirnya redha dan pasrah, Julie Ratna A.Razak, 35 yakin yang Allah pasti gantikan kehilangan terbesar ini dengan sesuatu yang lebih hebat. Dia bangkit dalam perniagaan dengan Che Nor Food hingga mampu mencapai pendapatan menghampiri 5 angka.

“Saya mahu gantikan kehilangan ini dengan kejayaan sekaligus memberi inspirasi kepada mereka yang mengalami nasib sama. Saya tidak mahu menghitung nasib serta menunggu disuap. Aktiviti menyambal makin laju dan saya sentiasa menimba ilmu bisnes dari masa ke semasa. Semuanya dilakukan kerana yakin percaturan Allah.”

Alhamdulillah kerana Allah telah mendengar doa Julie yang akhirnya dikurniakan dengan kehadiran Baby Harris yang kini berusia setahun, bagi menghilangkan rasa sunyi seorang ibu dengan kehilangan Nur Jannah Sakinah.

   
 

 Cabar Diri Menang ‘Reward’

Biarpun masih bekerja, ia tidak menghalang Julie menceburi bidang perniagaan yang diminatinya. Jika sebelum ini, dia pernah menjual bermacam-macam produk namun kurang menjadi. Namun semenjak menyertai Che Nor Food pada Mei 2015, ia bagaikan bulan jatuh ke riba.

“Sebaik pulang dari program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) oleh  Azizan Osman, saya ternampak posting Che’ Nor yang sedang mencari ejen. Kebetulan pula adik saya sudah menjadi ejen dan kemudiannya naik pangkat ke Stokis, saya cuba merasainya dan memang sedap. Saya yakin inilah bisnes yang dicari-cari lalu terus menjadi stokis.”

Yakin dengan potensi produk makanan yang mempunyai permintaan  tinggi setiap masa, Julie bersemangat untuk menyebarkan kesedapan sambal kepada rakyat Malaysia.

Menjelaskan tiada rahsia tertentu mengenai kejayaan sebagai Top Stokis, tetapi Julie sangat gemar mencabar diri. Malahan semua cabaran HQ disahut dan menyatakan kepada diri sendiri bahawa dia wajib mendapatkan ‘reward’ tersebut.

“Bukan senang tetapi saya cabar diri sendiri. Selain itu, saya sentiasa meningkatkan diri dengan ilmu terutamanya bagi perniagaan online. Saya tidak mahu kekal dengan pencapaian yang ada. Kita mesti mahu lebih dan lebih.

  

  

Jual Sambal Ja?

Memuji kebaikan pengasas CNF, Aida Aznita, Julie menjelaskan yang ianya pengalaman menyeronokkan. Selain produk bagus, pengasasnya juga sangat pemurah dan sentiasa memberi ganjaran jika berjaya menyahut cabaran.

“Reward yang diberikan semuanya memang terbaik. Saya pernah mendapat ‘gold bar’, barang kemas, sofa, barang elektrik dan percutian ke 4 buah negara iaitu Bandung, Beijing, Jogjakarta dan Osaka, hanya dengan menjual sambal.”

Menurut Julie lagi, kejayaan tidak datang bergolek kerana dia bersungguh-sungguh meneroka potensi diri sekaligus dapat membantu ramai ejen menambah baik kehidupan mereka.

 

Kacang ja jual sambal

Tidak dinafikan pada tahun 2015 agak sukar menjual Sambal Garing Che’Nor. Ini kerana bukan tak laku tetapi pasaran ketika itu masih belum mengenali lagi sambal garing secara komersial.

“Saya teringat ketika menjual 10 kotak pertama sebagai permulaan. Habis semua rakan sekerja menjadi ejen. Mereka seronok pula dengan hasil yang diperolehi membuatkan saya semakin buka mata pada bisnes jual sambal ni.”

Bersyukur kerana berjaya melalui saat-saat genting, Julie kini gembira kerana sangat mudah menjual lebih banyak sambal.

 “Saya impikan setiap wanita mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan kewangan dari suami. Ini kerana wanita bukan golongan yang lemah, mereka juga perlu mempunyai kuasa memilih yang terbaik bagi anak, keluarga dan orang sekeliling.”

 

Antara hadiah dari Che Nor Food ialah percutian ke Tanah Besar China, akan menjadi memori hebat buat Julie

Tip gaya Julie Ratna

  • Bangkit dari kesedihan seperti yang dilakukannya. Jadi wanita diluar sana perlu bertindak agresif bagi meningkatkan ekonomi rumahtangga.
  • Semua wanita mampu berjaya dan merubah hidup walau siapa pun mereka.
  • Bertindaklah segera demi yang tersayang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *