DCNR-EPI.20 – ORIENTAL CHICKEN PASTA & PECAL LELE BERSANTAN

 

 

   

PASTA VS PECAL

MENU KE-39 & 40

Selamat berhujung minggu semua. Apa menu istimewa hari ini? Nak cuba 2 menu berbeza? Hah, kena lah tengok Dapur Che’Nor Ramadan. Semua benda boleh.
.
.
Dari menu kampung hinggalah fusion, kat sini semua ada. Pilih aje. Macam mana nak masak kedua-dua menu ni serentak?
.
.
Jom tonton, sebab Chenor siap paparkan video langkah demi langkah yang sangat mudah diikuti. Lepas tu, siap bagi tip nak memasak lagi tau!
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) ORIENTAL CHICKEN PASTA
2) PECAL LELE BERSANTAN

 

MENU 39

   

ORIENTAL CHICKEN PASTA

Bahan-bahan
– Spageti
– Isi ayam
– Bawang putih
– Kacang tanah
– 2 sudu besar sos hoisin
– 5 sudu sos tiram
– 3 sudu kicap manis

Cara memasaknya
1) Goreng kacang tanah ke dalam minyak panas, guna api perlahan, kacau
2) Tumis bawang putih dalam minyak kacang tadi.
3) Masukkan ayam
4) Masukkan sos hoisin.
5) Masukkan sos tiram, kacau.
6) Masukkan kicap manis ke dalam kuah.
7) Masukkan pasta ke dalam kuah.
😎 Masukkan kacang tanah ke dalam hidangan. Boleh diangkat dan dihidangkan.

 

MENU 40

 

PECAL LELE BERSANTAN

Bahan-bahan
– Ikan keli (tabur garam sahaja)
– Bawang merah (tumbuk)
– Bawang putih (tumbuk)
– Cekur (tumbuk)
– Cili padi (potong halus)
– 1 cawan santan pekat
– Asam keping
– Daun cekur

Cara memasaknya
1) Goreng dalam minyak panas yang banyak (sebaik-baiknya bakar). Ketepikan.
2) Tumis bawang merah, bawang putih dan cekur, kacau.
3) Masukkan santan dan sedikit air, kacau.
4) Masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu gula,kacau.
5) Masukkan cilia pi, daun kunyit dan daun cekur, kacau lalu tutup api.
6) Tuangkan ke atas keli goreng.

 

Kami menjemput anda untuk menonton versi video untuk lebih banyak tips :

DCNR-EPI.20 -ORIENTAL CHICKEN PASTA & PECAL LELE BERSANTAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *