DCNR – EPI.21 – IKAN SIAKAP BERSOS KANTAN & MASAK LEMAK CENDAWAN UDANG KERING

   

SOS KANTAN & MASAK LEMAK

Menu ke-41 & 42

Dah 21 Ramadan dah kita, amacam? Banyak tak ikut resepi yang Chenor masak?
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu seterusnya
1) IKAN SIAKAP BERSOS KANTAN
2) MASAK LEMAK CENDAWAN & UDANG KERING
.

MENU 41

 

IKAN SIAKAP BERSOS KANTAN

Bahan-bahan
– Siakap (saiz kecil, bubuh garam, salut tepung gandum)
– Bawang putih (kisar)
– Serai
– Tepung jagung yang dibancuh air.
– Sos plum
– 1 batang bunga kantan
– Garam dan perasa

Cara membuatnya
1) Goreng ikan dalam minyak yang banyak.
2) Tumis bawang putih.
3) Masukkan serai dan air tepung jagung, kacau hingga likat.
4) Masukkan sos plum, sedikit garam dan serbuk perasa.
5) Masukkan timun.
6) Masukkan bunga kantan sebiji.
7) Tabur pada ikan siakap.

 

MENU 42

 

MASAK LEMAK CENDAWAN & UDANG KERING

-2 batang serai dititik
– Bawang besar (kisar)
– 2 sudu bawang putih (kisar)
– Cili api dibelah 2
– Serbuk kunyit
– Udang kering (tumbuk)
– Cendawan
– 2 cawan air

Cara membuatnya
1) Didihkan air, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan udang kering, kacau hingga mendidih
2) Masukkan santan pekat, kacau hingga mendidih.
3) Masukkan bahan perisa, 2 sudu garam, sikit gula.
4) Masukkan cendawan tiram, kacau, boleh dihidangkan.

 

Kami menjemput anda untuk menonton video resepi ini untuk lebih banyak tips.

DCNR-EPI.21 – SIAKAP BERSOS KANTAN & MASAK LEMAK CENDAWAN & UDANG KERING

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *