DCNR-EPI.19 – SAMBAL JAWA & SIAKAP BERSAMA SOS ORIENTAL

 

 

   

MENU KE 37 & 38

Menu hari ni boleh sangat diganding bersama. Serasa sugguhla.
.
.
Pendek kata, mana nak dapat 2 menu sekali ditunjukkan dalam 1 hari? Bukan resepi bertulis ja tau, siap ada video langkah demi langkah yang sangat mudah diikuti. Nak tau kat mana? Dapur Che’Nor Ramadan lah..
.
.
.
istimewanya Dapur Che’Nor Ramadan ni
.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) SAMBAL JAWA
2)SIAKAP BERSAMA SOS ORIENTAL

 

     

SAMBAL JAWA

BAHAN-BAHAN
– Halia (tumbuk)
– Bawang putih (tumbuk)
– Lengkuas (tumbuk)
– 3 batang serai (titik)
– Cili kisar dari Heiz
– Kicap manis
– Petai (kopek dan belah 2)
– Kacang buncis (potong serong)
– 1 cawan santan
– Udang
– Udang, pedal & hati ayam (rebus & goreng)
– Suhun & fucuk

Bahan untuk digoreng (salut dengan garam)
– Tauhu (potong dadu)
– Kentang (potong dadu)
– Tempe (potong dadu)

Cara memasaknya
1) Tumiskan bahan-bahan tumbuk iaitu bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Kacau hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing
3) Masukkan kicap manis.
4) Masukkan udang hingga garing
5) Masukkan bahan yang digoreng.
6) Masukkan 1 sudu garam, 1 sudu kecil perasa.
7) Masukkan suhun dan petai.
😎 Masukkan petai dan kacau hingga masak. Boleh diangkat.

 

MENU KE-38

  

SIAKAP BERSAMA SOS ORIENTAL

Bahan-bahan

– 1 ekor Siakap (belah badan & buang tulang, letak garam dan tepung gandum pada badan ikan).
– Bawang putih
– Sos Plum
– 1 cawan sos tiram
– 2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan secawan air
– Lada benggala (kuning, merah & hijau, potong dadu)
– Mangga

Cara memasaknya
1) Goreng siakap dalam minyak yang banyak, goreng hingga rangup.
2) Sementara itu, tumiskan bawang putih.
3) Masukkan sos tiram.
4) Masukkan juga sos plum.
5) Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
6) Masukkan sos plum, kacau hingga mendidih.
7) Masukkan lada benggala dan cili padi
😎 Masukkan mangga ke dalam kuah oriental ini. Boleh diangkat dan dihidangkan.

 

Anda dijemput menonton versi Video pula ya. Klik di bawah :

DCNR-EPI.19 – SAMBAL JAWA & SIAKAP SOS ORIENTAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *