DCNR-EPI.18 – DAGING BALADO & LAKSA GANDUM

 

   

DAGING BALADO VS LAKSA GANDUM
MENU KE 35 & 36

Dah Ramadan ke-18, ada selera lagi ke nak berbuka macam-macam?
Atau dah jemu dengan Bazar Ramadan kan?
Jom masak sendiri dengan menonton Dapur Che’Nor Ramadan.
.
.
Menu yang akan dimasak hari ni ialah resepi Padang dan Pantai Timur yang telah diinovasikan oleh Chenor sendiri.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) DAGING BALADO
2) LAKSA GANDUM

 

 

 

 

MENU KE-35
DAGING BALADO

Bahan-bahan
– Daging (hiris sederhana & rebus terlebih dahulu)
– 5 ulas bawang putih (hiris)
– 10-15 batang cili merah segar (kisar)
– 1 biji bawang Holland (hiris)
– 1 sudu besar garam
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil perasa
.
CARA MEMBUATNYA
1) Tumis bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan cili merah kisar.
3) Masukkan 1 sudu kecil perasa, 1 sudu besar gula dan 1 sudu garam, kacau hingga pecah minyak.
4) Masukkan daging, balikkan sambal supaya ia sebati dan garing
5) Masukkan bawang Holland, kacau beberapa minit dan boleh dihidangkan.

MENU 36

LAKSA GANDUM

Bahan-bahan
– Udon (pengganti Laksa)
– Cili kisar Heiz
– Bawang merah
– Bawang putih
– 3 inci halia
– 2 inci lengkuas
– 1 cawan rempah kari ikan
– 1 sudu serbuk kunyit
– Air rebusan ikan sardin (dari 5 ekor ikan yang telah diperisi dan dikisar)
– Udon
– Ulaman (tauge, sambal belacan, daun kesum, bunga kantan).

Cara membuatnya
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dan lengkuas 2 inci hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar, kacau.
3) Masukkan rempah kari ikan.
4) Masukkan serbuk kunyit, kacau.
5) Masukkan air rebusan ikan, gaul semua bahan.
6) Masukkan santan pekat, biar betul-betul mendidih.
7) Masukkan daun kesum, kacau hingga mendidih.
Boleh letakkan udon ke dalam pinggan dan cedok kuah lemak dan letakkan ke dalam kuah laksa gandum. Hidang bersama ulam-ulaman

 

JOM TONTON VERSI VIDEO UNTUK LEBIH TIPS, KLIK DI BAWAH

DCNR-EPI.18-DAGING BALADO & LAKSA GANDUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *