DCNR – EPI.17 – KERABU PUCUK PAKU KERANG & IKAN TONGKOL MASAK ASAM

  

MASAM-MASAM SEDAP INI HARI

MENU KE-33 & 34

Apa yang masam tapi sedap tu?
Chenor nak masak asam ke?
Kenalah tonton episod ke-17 hari ini, baru lah tau menu tu.
.
.
Mana lagi nak dapat 2 menu sekali ditunjukkan dalam 1 hari? Bukan resepi bertulis ja tau, siap ada video langkah demi langkah yang sangat mudah diikuti. Nak tau kat mana? Dapur Che’Nor Ramadan lah..
.
.
.
Kerabu ni memang ‘favourite’ pemakan sayur lah
Menu kedua pun boleh tahan,
Masak Asam, itu yang masam-masam sedap tau.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) KERABU PUCUK PAKU DAN KERANG
2) IKAN TONGKOL MASAK ASAM
.

MENU KE-33

KERABU PUCUK PAKU DAN KERANG
Bahan-bahan
– Tauge
– Pucuk paku
– Kerang (rebus & kopek isinya)
– Bawang besar (hiris)
– Cili api (tumbuk)
– 1 ketul belacan
– 1 cawan air asam jawa
– ½ cawan kerisik
– 1 sudu besar garam
– 1 sudu besar gula

1) Panaskan air dan celur tauge sekejap, ketepikan. Celur juga daun pucuk paku hingga layu sikit dan ketepikan.
2) Masukkan kerang ke dalam bekas sayur tadi. Ketepikan.
3) Di dalam bekas berasingan, masukkan belacan lalu ramas dengan air asam jawa.
4) Masukkan garam dan gula.
5) Masukkan bawang, gaul sebati.
6) Masukkan cili api yang telah ditumbuk.
7) Masukkan kerisik.
8) Gaulkan kuah dengan sayur-sayuran, siap untuk dihidangkan.
.

MENU 34

IKAN TONGKOL MASAK ASAM
Bahan-bahan
– Bawang putih (hiris)
– Bawang merah (hiris)
– Lengkuas (hiris)
– Halia (hiris)
– 1 cawan air
– 2 sudu besar gula
– 1 sudu besar garam
– 1 sudu kecil perasa
– Air asam jawa
– Cili api
– Timun (potong serong)
– Tomato (potong 4)

Cara membuatnya
1) Tumis bawang putih, bawang merah, lengkuas dan halia, kacau hingga naik bau.
2) Masukkan air, kacau seketika.
3) Masukkan air asam jawa, kacau hingga mendidih
4) Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
5) Masukkan ikan, biarkannya di dalam kuah.
6) Masukkan cili api, timun dan tomato, kacau hingga masak dan sedia dihidangkan.

Bagi anda yang lebih menyukai versi video, boleh tonton di sini :

DCNR-EPI.17 – KERABU PUCUK PAKU KERANG & IKAN TONGKOL MASAK ASAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *