DCNR-EPI.16 – AYAM ARDOBO & ASAM PEDAS TETEL

      

MENU KE-31 & 32

Macam unik kan menu hari ni?
ARDOBO?
Apa tu?
Kenalah tonton episod ke-16 hari ini, Chenor akan jelaskannya.
.
.
Mana nak dapat 2 menu sekali ditunjukkan dalam 1 hari? Bukan resepi bertulis ja tau, siap ada video langkah demi langkah yang sangat mudah diikuti. Nak tau kat mana? Dapur Che’Nor Ramadan lah..
.
.
.
Itu menu pertama
Menu kedua pun boleh tahan,
Hidangan popular masa Raya Aidiladha tau. Tapi, kita buat untuk berbuka puasa, hebat kan?
.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) AYAM ARDOBO (resepi dari negara Filipina)
2) ASAM PEDAS TETEL

 

MENU KE-31

AYAM ARDOBO (resepi Filipina)

Bahan-bahan
– Bawang putih (hiris)
– Halia (hiris)
– Daun bay
– Kicap manis
– 1 cawan kicap cair
– 1 cawan cuka
– ½ ekor ayam dipotong
– Sedikit lada hitam
– 3 batang serai (ketuk)
– 2 biji tomato (potong 4)
– ½ biji bawang Holland
– 1 mangkuk air
– 1 sudu besar serbuk bawang putih
– Gula & serbuk perasa
.
.
.
Cara membuatnya
1) Tumis bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
2) Masukkan kicap cair dan kicap manis, kacau.
3) Masukkan daun bay ke dalam kuah.
4) Masukkan juga air hingga mendidih.
5) Masukkan gula dan serbuk perasa.
6) Masukkan ayam ke dalam kuah, kacau hingga masak.
7) Masukkan cuka ke dalam kuah, kacau dan biarkan seketika.
8) Masukkan serbuk bawang putih. Biarkan ayam masak kira-kira 15 minit.
9) Masukkan bawang Holland, tomato dan lada hitam. Siap untuk dihidangkan.
.

 

MENU 32
ASAM PEDAS TETEL

Bahan-bahan
– Vawang putih
– Halia
– Bawang merah
– 3 batang serai (ketuk)
– Cili kisar
– 1 inci belacan
– 1 cawan asam jawa
– Daun kesum
– Bunga kantan
– 1 sudu besar garam
– 2 sudu besar gula
– 1 sudu kecil lada hitam
.
Cara membuatnya
1) Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai, kacau hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan secawan air (jangan terlalu cair)
4) Masukkan belacan ke dalam kuah.
5) Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
6) Masukkan garam dan gula.
7) Masukkan lada hitam.
8) Masukkan daging tetel, kacau dan biarkan ia mereneh dalam api sederhana.
9) Masukkan bunga kantan dan daun kesum, kacau dan sedia dihidangkan

 

 

Anda juga boleh menonton video dengan klik di bawah untuk versi yang lebih jelas.

DCNR-EPI.16- AYAM ARDOBO & ASAM PEDAS TETEL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *