DCNR-EPI.15 – DAGING MASAK HALIA & GULAI IKAN TONGKOL

  

Sudah Ramadan ke-15 ya kita.
Cepat sungguh masa berlalu
.
.
Dan kita sendiri sudah masuk menu yang ke 30, bermaksud berbaki 30 lagi menu yang akan dihidangkan untuk pengikut Sambal Garing Che’Nor Official lagi.
.
.
Maklumlah menu yang disediakan semuanya sedap, kenyang, berkhasiat dan dalam masa sama mudah disediakan? Semuanya dalam Dapur Che’Nor Ramadan okey.
.
.
Kali ini ada 2 menu yang dimasak iaitu
1) DAGING MASAK HALIA (GINGER BEEF)
2) GULAI IKAN TONGKOL

 

MENU KE-29
DAGING MASAK HALIA (GINGER BEEF)

Bahan-bahan
– Daging lembu (potong nipis, perap 2inci halia & kicap cair selama 1 jam)
– Bawang putih (hiris)
– Halia (hiris)
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil serbuk perasa
– Sos tiram
– Lada putih
– Batang daun sup

Cara membuatnya
1) Panaskan sedikit minyak, masukkan daging lebih kurang, kacau selama 15 minit.
2) Masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali, kacau.
3) Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
4) Masukkan sos tiram untuk kesan kilat, gaul sampai serasi.
5) Masukkan lada putih
6) Masukkan batang daun sup, kacau. Siap boleh dihidangkan.
.

 

MENU KE-30

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan
– Ikan tongkol (rebus dengan asam keeping)
– Bawang putih (tumbuk
– Bawang merah (tumbuk)
– 1 inci lengkuas (tumbuk)
– 1 inci halia (tumbuk)
– 1 inci kunyit hidup (tumbuk)
– Rempah kari ikan
– Cili kisar
.
.
Cara memasak
1) Tumis bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan kunyit, kacau hingga naik bau.
2) Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau.
3) Masukkan cili kisar untuk kepedasan dan awarna yang cantil.
4) Masukkan sedikit air dan asam keeping.
5) Masukkan serbuk perasa, 1 sudu garam dan gula melaka, kacau hingga mendidih.
6) Masukkan 1 cawan santan pekat.
7) Masukkan ikan tongkol rebus
8) Masukkan cili padi. Dah boleh dihidangkan.

Untuk menonton versi video, anda boleh klik di sini

DCNR-EPI.15-DAGING MASAK HALIA & GULAI IKAN TONGKOL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *