DCNR – EPI.14 – MEE GORENG & KARI SOTONG MASALA

  
Mana nak dapat 2 menu sekali ditunjukkan dalam 1 hari? Bukan resepi bertulis ja tau, siap ada video langkah demi langkah yang sangat mudah diikuti. Nak tau kat mana? Dapur Che’Nor Ramadan lah..
.
.
.
Walaupun menu pertama yang Chenor masak ni ramai yang kata senang, tapi ada juga yang tak pernah masuk dapur, jadi Chenor nak kongsi dengan golongan ini.
.
.
Tapi…
Resepi kedua ni agak ‘rare’ sebab jarang orang masak. Hah! Tu lah, istimewanya Dapur Che’Nor Ramadan tau.
.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) MEE GORENG
2) KARI SOTONG MASALA

MENU 27

MEE GORENG

Bahan-bahan
– Bawang putih (hiris)
– Cili kisar
– Udang
– Sos tiram
– Kicap pekat
– Kicap manis
– 2 biji telur
– Tauge & kubis
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
– Serbuk perasa & lada hitam
– Mee

1) Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, kacau.
4) Masukkan udang.
5) Perasakan dengan gula, garam, serbuk perasa dan lada hitam.
6) Masukkan mee dan kobis, kacau.
7) Pecahkan telur lalu kacau dan sebatikan, besarkan api supaya telur masak serata.
8) Masukkan tauge dan cili api. Sedia dihidang
.
.

MENU 28

KARI SOTONG MASALA

Bahan-bahan
– Bawang putih (hiris)
– Bawang merah (hiris)
– Bawang besar (hiris)
– Daun kari
– 3 sudu besar Rempah garam masala (apa sahaja jenama)
– Santan
– Sotong
– Tomato (potong 6)
– Cili padi (belah 2)
– Garam & serbuk perasa

Cara memasak
1) Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari, kacau.
2) Masukkan rempah garam masala dan sedikit air, kacau.
3) Masukkan bawang besar, kacau hingga mendidih.
4) Masukkan santan pekat.
5) Masukkan garam dan serbuk perasa.
6) Masukkan sotong, kacau.
7) Masukkan tomato dan juga cili api. Sedia untuk dihidangkan.

DCNR-EPI.14 – MEE GORENG & SOTONG MASALA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *