DCNR-EPI.13- CHICKEN ALFREDO PASTA & SAMBAL KERANG

 

 

                          

PASTA & SAMBAL?

Menu ke-23 & 24

Mana nak dapat 2 menu sekali ditunjukkan dalam 1 hari? Bukan resepi bertulis ja tau, siap ada video langkah demi langkah yang sangat mudah diikuti. Nak tau kat mana? Dapur Che’Nor Ramadan lah..
.
.
Yang lebih ‘special’nya ialah ada resipi ekstra setengah iaitu cara memasak nasi lemak style Chenor, memang berlemak-lemak sangat lah bagi yang belum tahu tip rahsia sebelum ni tau.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) CHICKEN ALFREDO PASTA
2) SAMBAL KERANG

MENU 23
CHICKEN ALFREDO PASTA

Bahan-bahan
– Cendawan putih / butang
– Bawang Holland (hiris dadu)
– Mentega
– 2 cawan krim masakan
– 1 kiub ayam
– Garam
– Lada hitam kasar
– Minyak zaitun
.
CARA MEMBUATNYA
1) Panaskan minyak zaitun, masukkan isi ayam dan kacau hingga berubah warna, ketepikan.
2) Panaskan mentega, masukkan bawang Holland yang telah didadukan, kacau.
3) Masukkan bawang putih, tumis sebelah menyebelah dengan ayam.
4) Masukkan krim masakan, gaulkan.
5) Masukkan kiub ayam, sedikit garam dan lada hitam kasar.
6) Masukkan cendawan, kacau.
7) Masukkan pasta, kacau sebati dan hidangkan.

SAMBAL KERANG

Bahan-bahan
– Bawang putih (hiris)
– Bawang merah (hiris)
– Halia (hiris)
– 3 batang serai (dititik)
– Cili kisar
– 1 asam keping
– Daun limau purut
– Kerang (rebus dan dikopek terlebih dahulu)
– 2 sudu besar gula
– 2 sudu besar garam
– 1 sudu kecil serbuk perasa
.
.
.
1) Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia, tumis hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar, kacau hingga garing dan pecah minyak.
3) Masukkan asam keping kemudian kerang.
4) Tabur gula, garam dan juga serbuk perasa.
5) Masukkan bawang Holland dan masukkan juga beberapa keping daun limau purut untuk rasa berbeza dari sambal lain.
.
.
.

DCNR-EPI.13-CHICKEN ALFREDO PASTA & SAMBAL KERANG

 

MENU EKSTRA – NASI LEMAK STYLE CHENOR

1) Cuci beras, masukkan daun pandan dan 1 sudu garam. Masukkan air lalu tanak nasi tanpa santan.
2) Bila dah masak, baru masukkan hirisan bawang dan halia ke dalam nasi, gaul.
3) Masukkan santan sebanyak 3 kotak lalu gaul sebati.
4) Tutup periuk dan masak lagi selama 2 minit.
sedap sangat dan berlemak.

Tip
– Jika masak nasi serentak dengan santan, Cuma akan dapat bau saja.
– Jangan masuk awal santan, sebab itu nasi lemak tak berlemak.
– Jadi, selepas ini, memang akan berlemak-lemak lah nasi lemak anda. Selamat memasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *