DCNR – EPI.12 – SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK BERSAMA TERUNG PIPIT & MASAK LEMAK PUTIH REBUNG PETAI

 

 

  

MASAKAN KAMPUNG BUAT HATI TERINGAT-INGAT AIR TANGAN IBU

Ada yang belum berbuka puasa dengan mak ayah di kampung lagi ke? Dah Ramadan ke-12 dah ni.
.
.
Tapi kalau tak sempat, takpa, anda masih ada masa ya.
Sebab itulah kali ini Chenor mengimbas kembali masakan kampung yang sangat nostalgia. Dengan bahan-bahan ‘rare’ seperti tempoyak, terung pipit dan rebung memang biasa orang-orang tua ja suka.
.
.
Jadi, jom tengok 2 menu ni
1) SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK BERSAMA TERUNG PIPIT
2) MASAK LEMAK PUTIH REBUNG & PETAI

 

MENU 23
SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK BERSAMA TERUNG PIPIT

Bahan-bahan
– Bawang putih (hiris)
– Bawang merah (hiris)
– Ikan bilis kopek (basuh dan keringkan)
– Cili api (tumbuk)
– Petai (kopek dan hiris tengah)
– Terung pipit
– 1 cawan tempoyak
– 2 keping asam keping
– 2 sudu gula

Cara membuatnya
1) Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
2) Masukkan cili api dan kacau hingga berubah warna (garing).
3) Masukkan ikan bilis dan kacau biar sebati.
4) Masukkan asam keeping.
5) Masukkan tempoyak dan kacau sebati.
6) Letakkan gula
7) Masukkan petai dan terung pipit. Kacau sebati. Sedia dihidangkan.

 

MENU 24
MASAK LEMAK PUTIH REBUNG & PETAI

– Bawang putih (hiris)
– 2 batang serai (ketuk)
– Rebung
– Petai ((kopek dan hiris tengah)
– Cili api (hiris serong)
– 1 cawan santan pekat
– Udang (galah & harimau)
– Semangkuk air
– Garam, gula dan serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA
1) Renehkan air.
2) Masukkan serai dan bawang putih, biarkan mendidih.
3) Masukkan santan, kacau.
4) Masukkan rebung supaya lembut. Kacau
5) Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, biar mendidih.
6) Masukkan udang dan petai. Kacau sekejap dan boleh diangkat.

Bagi yang ingin menonton bagaimana Chenor memasak, boleh klik dibawah :

DCNR-EPI.11-SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK BERSAMA TERUNG PIPIT & MASAK LEMAK PUTIH REBUNG & PETAI

One thought on “DCNR – EPI.12 – SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK BERSAMA TERUNG PIPIT & MASAK LEMAK PUTIH REBUNG PETAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *